Teori persekongkolan

Teori konspirasi atau teori persekongkolan (dalam Bahasa Inggeris: conspiracy theory) adalah teori-teori yang berusaha menjelaskan bahawa punca utama suatu atau serangkaian peristiwa (yang umumnya berkaitan hal politik, sosial, atau sejarah) itu terahsia dan seringkali diperdayakan atau dimanipulasikan serta dirancang diam-diam oleh sekumpulan individu atau organisasi sulit yang sangat berkuasa atau berpengaruh.Kepercayaan terhadap teori yang diungkitkan seperti yang disebutkan dikatakan datang daripada prasangka atau kekurangan bukti kukuh berkaitan peristiwa ini.[2] Malah, ia dikukuhkan suatu penaakulan yang melingkar (circular reasoning) di mana kekurangan tersebut boleh ditafsirkan sebagai bukti kebenaran difikirkan itu[2][3] dan konspirasi yang ditumpukan menjadi suatu yang mesti dipercayai berbanding sesuatu yang perlu dicabar kesahihannya;[4][5] sesiapa yang tidak percaya selalu menganggap ia olok-olok, mengada-ada, mensia-siakan masa, kurang kerjaan, dan sebagainya.Kajian ada menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap teori-teori yang rapuh asas disebut berkait rapat dengan masalah psikologi seperti paranoia atau penafian dan pelepasan keinginan tanpa disedari (psychological projection)[6] lalu boleh membahayakan jika keadaan yang membenarkan tidak dibendung.[7][8]